Letusan Gunung Merapi 2010 bermula pada hari Selasa tanggal 26 Oktober 2010, apabila Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia memulakan satu siri letusan yang berterusan sehingga bulan November. Letusan ini dinyatakan pihak berkuasa sebagai yang terbesar sejak 1870-an.
Lebih 100,000 orang telah dipindahkan dari kawasan terbabit. Namun, masih ramai yang tinggal atau kembali ke rumah mereka semasa gunung ini masih meletus. Lebih 150 terbunuh dalam letusan ini, sebahagiannya akibat aliran piroklastik. Kepulan abu gunung berapi ini turut menyebabkan gangguan besar terhadap penerbangan di seluruh Jawa.[1][2]
|coauthor=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)